skip to main |
skip to sidebar
Ayat Makan Dalam , Sentap Habis !
Sumpah sedih , Yee , aku mengaku , Aku teruk dalam agama aku sendiri . Bukan pasal aku tak boleh jawab exam , Exam agama aku tak pernah fail . Aku teruk dala ibadah aku . Tak sembahyang , Baca al-Quran tergagap-gagap , taktahu bahasa arab . Aku bukan nak aib kan diri sendiri , tapi itu kenyataan . Kami sekeluarga memang dah terlalu jauh dari agama kami sendiri . Aku memerlukan seorang pembimbing untuk membimbing aku ke jalan yang sepatutnya . Tapi tadi , 'Si Dia' telah mengutuk aku habis-habisan . Walaupun kenyataannya dia memberitahu kepada semua , tetapi hakikatnya , mesej yang dia sampaikan itu khas untuk aku . Aku bukan tak malu dengan diri aku sendiri . Malu sangat-sangat . Orang boleh mengaji , aku tergagap-gagap . Aku sedih kenapa aku boleh tersasar jauh macam ni . Sepatutnya 'Si Dia' itu menolong aku memperbaiki diri aku , Ini tak . Dia membanding-bandingkan aku dengan orang lain . Nampak macam riak pun ada jugak . Aku bukan nak mengumpat , tapi ini just luahan perasaan aku . Aku sedih takde orang nak bimbing aku . Aku harap suatu hari nanti muncul lah orang yang dinanti-nantikan itu . Ajal dan maut pun kita taktahu bila . Betul tak ? Aku sampai menangis dalam kelas tadi sebab ayat-ayat dia makan dalam dan membuatkan aku tersentap . Aku pun taktahu aku boleh sabar duduk dalam kelas itu ataupun tidak . Hati aku terlalu sakit . Ye memang salah aku jugak sebab tak membuat apa yang sepatutnya oleh umat islam . Aku terlalu bodoh . Jadi mulai sekarang , aku perlu perlahan-lahan mengubah diri aku . Selalunya orang akan kata , 'kata-kata guru akan dimakbulkan' . And aku harap aku dah tak kena pinggir dalam kelas lagi . Kerana aku nak berubah , dan perlu berubah ! Itu penting . Hope diaorang semua memberi kerjasama :)
Lots of Love ,
cytyHARA
Maseh belom terlambat utk berubah.. selagi kte idop, selagi e2 kte blh ubah diri kte.. Menyedari kesilapan diri sndiri terlebih dahulu lbh baek drp menyedari kesilapan org laen... Semoga berjaya di dunia dan akhirat.. amin.. :)
ReplyDelete